Saturday, August 28, 2010

Kaedah Pemprosesan Kordial


Cara-cara Membuat Kordial

Ramuan kordial limau

• 2 kg gula stor
• 1 liter air
• 30 g asid sitrik
• 30 g asid tartarik
• Jus 6 biji lemon (besar)
• 2 biji lemon (diparut)

Standard resipi

• Air
• Gula
• Jus segar
• Asid sitrik
• Asid tartarik

Thursday, August 26, 2010

Buah - buahan


Buah-buahan mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari tentang hal ini melainkan masyarakat luar badan khusunya golongan tua. Hal ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Tuesday, August 24, 2010

Ulam


Apa itu ulam ?

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur(direndam sekejap di dalam air panas) sebelum dimakan bersama dengan nasi. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama bagi masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil daripada pelbagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Antara bahagian tumbuhan yang boleh diambil untuk dijadikan ulam ialah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan juga bunga.

Sayur-sayuran biasa juga boleh dianggap seperti timun, kubis dan terung juga boleh dianggap ulam kerana ia boleh dimakan segera. Ulam tradisional digunakan secara meluas untuk penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu, masakan sayur lemak, san juga sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi.


Sumber : http://ms.wkipedia.org/wiki/Ulam

Pisang


Pisang merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan Musaceae. Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantaro dunia akibat daripada perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di Afrika Timur. Ianya mula dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis pada tahun 1402. Negara Sepanyol juga turut memperkenalkan pisang sekitar tahun 1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika Utara pada tahun 1866.


Sunday, August 15, 2010

Coklat



Apa itu coklat ?

Coklat adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada biji kakao. Kebiasaannya coklat diberikan sebagai hadiah atau pemberian. Coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati atau perhatian.

Khasiat coklat
  • Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.
  • Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
  • Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Thursday, August 12, 2010

Obesiti


Definisi obesiti

Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga

Amalan Pemakanan Yang Sihat



Tips mengekalkan kesihatan tubuh badan


  • Makan makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
  • Biasakan makan makanan atau minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

Sumber : http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/06/07/tips-amalan-pemakanan-yang-sihat/

Kaedah Pemprosesan Jem Nenas



CARA - CARA MEMBUAT JEM NANAS

Ramuan jem nanas

  • Isi nanas
  • Gula
  • Asid sitrik
  • Pektin
  • Perisa
  • Bahan awet
  • Pewarna (E102)
Kaedah pembuatan jem nanas

1) Pilih buah nanas yang elok
2) Buang kulit, mata dan empulur nanas
3) Basuh nenas menggunakan air yang bersih
4) Hancurkan isi nanas sehingga hancur
5) Masukkan isi nanas yang hancur ke dalam periuk
6) Masak dan kacau isi nanas dengan kerap
7) Didihkan dan kacau
8) Isikan nanas ke dalam bekas
9) Tutup bekas dengan kemas

Lemak


Apa itu lemak ?

Lemak adalah sumber tenaga kalori yang padat.Pengambilan lemak yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko terhadap penyakit jantung dan juga kesan kegemukan. Lemak terbahagi kepada tiga jenis iaitu lemak tepu, politaktepu atau monotaktepu. Badan kita boleh mengeluarkan kedua-dua lemak monotaktepu dan lemak tepu. Lemak politaktepu, atau asid lemak yang penting, tidak boleh dibuat di dalam badan dan mesti diambil daripada diet kita.

Lemak tepu bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Kebiasaanya lemak tepu didapati daripada sumber haiwan dan tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran. Lemak tidak tepu pula bersifat lembut dan berada dalam keadaan cecair walaupun pada suhu rendah. Ia didapati daripada sumber tumbuhan.

Wednesday, August 11, 2010

Asid Amino

Apa itu asid amino ?


Asid amino adalah unit terkecil dari protein dan boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen, dan hidrogen molekul.

Asid amino perlu, juga disebut mengehadkan asid amino, asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam tubuh kita dan harus diperolehi daripada sumber makanan. Terdapat 8 asid amino utama.


Fungsi asid amino

  • Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis metabolisma tetapi dikategorikan sebagai fungsi daripada asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi

  • Fungsi dan penggunaan asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma.

Vitamin Larut Air

Apa itu vitamin ?

Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C (asid askorbik).

Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Antara vitamin yang larut dalam termasuklah vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), asam nikotinat (Niacin), piridoksin (Vitamin B6), Folasin (Folat), kobalamin (Vitamin B12), vitamin B5 ( asam pantotenat), dan vitamin B8( biotin). Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Kumpulan yang kedua adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius.


Sumber : http://www.food-info.net/id/vita/water.htm

Kaedah Mengurangkan Kehilangan Vitamin Larut Air

Vitamin larut air mudah hilang daripada makanan sekiranya proses penyediaan makanan tidak betul. Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh diambil untuk menghalang daripada kehilangan vitamin ini. Antaranya :

1) menyejukbekukan makanan segar seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
2) Mengelakkan susu dan bijiran daripada terkena cahaya secara terus.

KAEDAH 1 : PENYEJUKBEKUAN MAKANAN

  • Sayuran tempatan sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi dan pelbagai kegunaan. Di kalangan masyarakat Asia khususnya, sayuran bukan sahaja dijadikan sebagai pelengkap kepada hidangan ruji tetapi juga mengambil komoditi ini di dalam dietnya untuk memberi kepelbagaian rasa, tarikan estetik disamping merupakan faktor penting dalam mengimbangi diet manusia menerusi zat-zat yang terkandung di dalamnya. Namun begitu ramai yang masih tidak menyangka bahawa fungsi atau nilai sayuran adalah lebih daripada itu terutamanya setelah dibuat kajian saintifik di mana kita dapati ia mampu memberi jawapan yang mengagumkan dalam mengatasi masalah sesuatu penyakit. Semasa cuaca panas, kita memerlukan sesuatu yang dingin untuk menyejukkan badan kita. Kita juga memerlukan tempat yang sejuk untuk menyimpan barang-barang yang mudah rosak seperti sayur-sayuran, lauk-pauk, dan lain-lain lagi. Oleh itu, pelbagai cara dilakukan untuk mengatasinya. Sebagai contoh, peti sejuk boleh digunakan untuk menyimpan makanan segar.
  • Peti sejuk ialah alat mekanik untuk menyimpan dan memelihara makanan yang cepat rosak. Alatan ini pada dasarnya direka bentuk sebagai unit penyejuk dengan petak sejuk beku yang berkongsi sistem penyejukannya dengan lagi sebuah petak untuk suhu sejuk yang dikekalkan di luar takat sejuk beku. Peti sejuk merupakan rekaan yang agak moden, bersama-sama dengan alat-alat dapur yang lain. Alatan ini menggantikan kotak ais yang merupakan barang kegunaan rumah selama hampir satu setengah abad.

Tuesday, August 10, 2010

Glikogen


Apa itu glikogen?

Glikogen merupakan simpanan karbohidrat dalam bentuk glukosa di dalam tubuh yang berfungsi sebagai salah satu sumber tenaga. Terbentuk dari molekul glukosa yang saling mengikat dan membentuk molekul yang lebih komplek. Simpanan glikogen memilik fungsi sebagai sumber tenaga tidak hanya bagi kerja otot namun juga merupakan sumber tenaga bagi sistem pusat saraf dan otak. Di dalam tubuh, jaringan otot dan hati merupakan dua komponen utama yang digunakan oleh tubuh untuk menyimpan glikogen. Pada jaringan otot, glikogen akan memberikan kontribusi sekitar 1% dari jumlah massa otot sedangkan di dalam hati, glikogen akan memberikan kontribusi sekitar 8-10% dari jumlah massa hati. Walaupun memiliki peratusan yang lebih kecil namun secara total jaringan otot memiliki jumlah glikogen 2 kali lebih besar di bandingkan dengan glikogen hati.

Pada jaringan otot, glukosa yang tersimpan dalam bentuk glikogen dapat digunakan secara langsung oleh otot tersebut untuk menghasilkan tenaga. Begitu juga dengan hati yang dapat mengeluarkan glukosa apabila diperlukan untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh. Selain itu, glikogen hati juga mempunyai peranan yang penting dalam menjaga kesihatan tubuh iaitu berfungsi untuk menjaga tahap glukosa darah.

Faktor Yang Menyebabkan Kolesterol Tinggi

• Pemakanan - Memakan terlalu banyak makanan yang mengandungi lemak tepu, lemak trans dan kolesterol boleh meningkatkan kolesterol. Contohnya, makanan yang berasaskan haiwan (daging, susu penuh, kuning telur, mentega dan keju), makanan bungkus dan snek seperti biskut dan keropok.

• Berat - Berat badan berlebihan boleh meningkatkan triglycerides dan merendahkan HDL

• Senaman - Tidak bersenam boleh meningkatkan LDL dan merendahkan HDL

• Kesihatan menyeluruh - Penyakit seperti hypothyroidism boleh meningkatkan kolesterol. Merokok juga boleh merendahkan HDL

• Umur - Kolesterol mula meningkat selepas usia 20 tahun. Buat lelaki, ia biasanya berhenti selepas mencapai usia 50 tahun. Bagi wanita, ia kekal meningkat sehingga menopause tetapi pada kadar yang rendah. Selepas itu, barulah tahap kolesterol sama seperti lelaki.

• Keluarga - Sesetengah orang mewarisi sejenis penyakit yang jarang didapati iaitu lipid disorder (kekacauan lipid). Ia boleh menyebabkan jumlah kolesterol dan triglycerides berada pada tahap yang tinggi. Manakala, HDL amat rendah. Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda perlu menerima rawatan sejak dari usia muda.

Kolesterol


Apa itu kolesterol ?

Kolesterol ialah metabolite steroid berlilin yang dijumpai pada sel membran dan diangkut dalam plasma darah setiah haiwan. Ia merupakan komponen keperluan bagi sel membran mamalia. Ia diperlukan bagi memastikan keterlelapan dan kebendaliran membran pada tahap yang baik. Kolesterol juga merupakan komponen penting untuk menghasilkan asid hempedu, hormon steroid dan beberapa vitamin larut lemak. Perkataan kolesterol berasal daripada Greek iaitu chole (hempedu) dan stereos (pepejal) serta suffix kimia -ol (alkohol).

Apa itu kolesterol tinggi ?

Kolesterol ialah sejenis lemak yang dipanggil lipid. Badan kita menggunakan ia untuk pelbagai perkara. Contohnya, untuk membuat sel baru. Hati membuat kolesterol yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kolesterol juga boleh didapati daripada makanan yang kita makan.

Badan kita memerlukan sejumlah kolesterol. Namun begitu, sekiranya terlalu banyak, ia mula terbina di dalm arteri (salur darah yang mengangkut darah keluar daripada jantung). Ia dipanggil sebagai pengerasan arteri ataupun atheroclerosis. Proses ini merupakan proses yang lambat dan ia menjadi semakin teruk apabila usia kita meningkat.

Untuk memahami apa yang berlaku, cuba anda bayangkan, bagaimana paip sinki anda tersumbat. Keadaan paip tadi adalah sama dengan keadaan arteri anda. Keadaan ini akan mengakibatkan pengaliran darah tidak berjalan dengan lancar. Jadi, kuantiti darah yang mengalir ke tisu-tisu badan termasuk jantung adalah kurang. Perkara ini boleh menyumbang kepada masalah yang amat serius iaitu serangan jantung dan strok.

Ujian darah yang ringkas dapat membantu dalam mengenalpasti jumlah kolesterol yang terdapat dalam badan kita. Keputusan ujian ini didapati dalam unit mg/dL. Jumlah kolesterol yang kita miliki dapat membantu doktor mengenalpasti sama ada kita berisiko menghadapi serangan jantung ataupun tidak. Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira seperti umur, tekanan darah dan sejarah keluarga.

* Sila bandingkan jumlah kolesterol anda :
  • Paling baik adalah kurang daripada 200
  • Agak tinggi ialah 200-239
  • Tinggi ialah 240 dan ke atas

Sunday, August 8, 2010

Antioksidan


Apa itu antioksidan ?

Antioksidan merupakan sebatian kimia yang melambatkan proses permulaan atau memperlahankan kadar tindak balas pengoksidaan lipid dalam sistem makanan.

Antioksidan dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu :

  • antioksidan larut dalam air
  • antioksidan larut dalam lemak
Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang larut dalam lemak.


Fungsi Antioksidan

Antioksidan berfungsi untuk mengelakkan kerosakan sel yang disebabkan oleh ROS (Reactive Oxygen Species)


ROS (Reactive Oxygen Species)

  • ROS ialah sejenis radikal bebas yang mengandungi atom oksigen .
  • Merupakan molekul yang sangat kecil yang terdiri daripada ion oksigen dan peroksida serta ianya boleh menjadi organik dan bukan organik.
  • Ia sangat reaktif berdasarkan kehadiran elektron tidak stabil (lone pair).
  • Ia menyerang karbohidrat, deoxyribonucleic acid (DNA), asid nukleik, protein dan lipid (lemak).
  • Boleh didapati dalam kacang parang (sword bean).

Sumber : Diperoleh daripada kerja kursus pelajar UPSI, kursus Pendidikan Kemahiran Hidup


Wednesday, August 4, 2010

Vitamin


APA ITU VITAMIN ?

Vitamin merupakan bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah yang kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Kebiasaannya vitamin disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu dalam proses pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan kita.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh untuk menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Kebiasaanya tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkan vitamin sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.

Friday, July 30, 2010

Piramid Makanan


Apa itu piramid makanan ?


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.

Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?

Anda perlulah mengambil makanan mengikut kuantiti yang disarankan dalam piramid makanan.

Makanan Seimbang


Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi nutrisi yang mencukupi seperti karbohidrat, protein, vitamin, serat, dan lemak. Kita seharusnya mengambil makanan yang seimbang dalam setiap hidangan untuk memastikan tubuh badan kita berfungsi dengan normal dan baik. Makanan yang seimbang mampu memberikan kita tenaga yang mencukupi bagi keperluan untuk melakukan aktiviti seharian.Makanan yang seimbang juga dapat membantu dalam proses pembesaran, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan yang sihat merupakan salah satu faktor yang penting ke arah mengekalkan kesihatan tubuh badan. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang dapat memberi tenaga, menjauhi daripada penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga

Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk diperoleh daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuklah semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang dapat menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan

Protein adalah salah satu nutrisi dalam makanan yang dapat membantu dan proses tumbesaran tubuh badan. Protein dapat membina sel-sel atau jaringan tisu dalam badan kita. Antara makanan yang banyak mengandungi kandungan protein termasuklah ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan hal ini akan menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan yang dapat menjauhi daripada serangan penyakit

Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang dapat mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada dihidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.


Sumber : Diperoleh daripada kerja kursus pelajar UPSI, kursus Pendidikan Kemahiran Hidup



Wednesday, July 28, 2010

Pengertian Makanan


Makanan merupakan bahan yang diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan yang dimakan oleh makhluk yang hidup untuk mendapatkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Setiap makhluk yang hidup memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan dengan baik dan sihat. Tanpa makanan, kita tidak dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik. Hal ini demikian kerana, badan kita memerlukan tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti seharian. Sekiranya kandungan tenaga di dalam badan kita tidak mencukupi, sudah tentu kita tidak dapat melakukan kerja seharian dengan baik.




Sumber : http://id.answers.yahoo.com/question/index
 
 

Blogger

Nurhidayah Binti Borhanudin