• Pemakanan - Memakan terlalu banyak makanan yang mengandungi lemak tepu, lemak trans dan kolesterol boleh meningkatkan kolesterol. Contohnya, makanan yang berasaskan haiwan (daging, susu penuh, kuning telur, mentega dan keju), makanan bungkus dan snek seperti biskut dan keropok.
• Berat - Berat badan berlebihan boleh meningkatkan triglycerides dan merendahkan HDL
• Senaman - Tidak bersenam boleh meningkatkan LDL dan merendahkan HDL
• Kesihatan menyeluruh - Penyakit seperti hypothyroidism boleh meningkatkan kolesterol. Merokok juga boleh merendahkan HDL
• Umur - Kolesterol mula meningkat selepas usia 20 tahun. Buat lelaki, ia biasanya berhenti selepas mencapai usia 50 tahun. Bagi wanita, ia kekal meningkat sehingga menopause tetapi pada kadar yang rendah. Selepas itu, barulah tahap kolesterol sama seperti lelaki.
• Keluarga - Sesetengah orang mewarisi sejenis penyakit yang jarang didapati iaitu lipid disorder (kekacauan lipid). Ia boleh menyebabkan jumlah kolesterol dan triglycerides berada pada tahap yang tinggi. Manakala, HDL amat rendah. Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda perlu menerima rawatan sejak dari usia muda.