Labels
Saturday, August 28, 2010
Kaedah Pemprosesan Kordial
Cara-cara Membuat Kordial
Ramuan kordial limau
• 2 kg gula stor
• 1 liter air
• 30 g asid sitrik
• 30 g asid tartarik
• Jus 6 biji lemon (besar)
• 2 biji lemon (diparut)
Standard resipi
• Air
• Gula
• Jus segar
• Asid sitrik
• Asid tartarik
Posted by
AinDa
at
12:45 AM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels:
Pemprosesan makanan
Thursday, August 26, 2010
Buah - buahan
Buah-buahan mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari tentang hal ini melainkan masyarakat luar badan khusunya golongan tua. Hal ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.
Posted by
AinDa
at
6:25 AM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels:
Makanan berkhasiat
Tuesday, August 24, 2010
Ulam
Apa itu ulam ?
Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur(direndam sekejap di dalam air panas) sebelum dimakan bersama dengan nasi. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama bagi masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil daripada pelbagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Antara bahagian tumbuhan yang boleh diambil untuk dijadikan ulam ialah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan juga bunga.
Sayur-sayuran biasa juga boleh dianggap seperti timun, kubis dan terung juga boleh dianggap ulam kerana ia boleh dimakan segera. Ulam tradisional digunakan secara meluas untuk penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu, masakan sayur lemak, san juga sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Sumber : http://ms.wkipedia.org/wiki/Ulam
Posted by
AinDa
at
5:35 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels:
Makanan berkhasiat
Pisang
Pisang merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan Musaceae. Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantaro dunia akibat daripada perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di Afrika Timur. Ianya mula dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis pada tahun 1402. Negara Sepanyol juga turut memperkenalkan pisang sekitar tahun 1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika Utara pada tahun 1866.
Posted by
AinDa
at
3:38 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels:
Makanan berkhasiat
Sunday, August 15, 2010
Coklat
Apa itu coklat ?
Coklat adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada biji kakao. Kebiasaannya coklat diberikan sebagai hadiah atau pemberian. Coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati atau perhatian.
Khasiat coklat
- Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.
- Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.
- Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Posted by
AinDa
at
7:25 PM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Thursday, August 12, 2010
Obesiti
Definisi obesiti
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga
Posted by
AinDa
at
9:42 AM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Amalan Pemakanan Yang Sihat
Tips mengekalkan kesihatan tubuh badan
- Makan makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
- Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.
- Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
- Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
- Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
- Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
- Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
- Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
- Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
- Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
- Biasakan makan makanan atau minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
Sumber : http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/06/07/tips-amalan-pemakanan-yang-sihat/
Posted by
AinDa
at
9:31 AM
0
comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels:
Pengenalan kepada makanan
Subscribe to:
Posts (Atom)