Tuesday, August 10, 2010

Glikogen


Apa itu glikogen?

Glikogen merupakan simpanan karbohidrat dalam bentuk glukosa di dalam tubuh yang berfungsi sebagai salah satu sumber tenaga. Terbentuk dari molekul glukosa yang saling mengikat dan membentuk molekul yang lebih komplek. Simpanan glikogen memilik fungsi sebagai sumber tenaga tidak hanya bagi kerja otot namun juga merupakan sumber tenaga bagi sistem pusat saraf dan otak. Di dalam tubuh, jaringan otot dan hati merupakan dua komponen utama yang digunakan oleh tubuh untuk menyimpan glikogen. Pada jaringan otot, glikogen akan memberikan kontribusi sekitar 1% dari jumlah massa otot sedangkan di dalam hati, glikogen akan memberikan kontribusi sekitar 8-10% dari jumlah massa hati. Walaupun memiliki peratusan yang lebih kecil namun secara total jaringan otot memiliki jumlah glikogen 2 kali lebih besar di bandingkan dengan glikogen hati.

Pada jaringan otot, glukosa yang tersimpan dalam bentuk glikogen dapat digunakan secara langsung oleh otot tersebut untuk menghasilkan tenaga. Begitu juga dengan hati yang dapat mengeluarkan glukosa apabila diperlukan untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh. Selain itu, glikogen hati juga mempunyai peranan yang penting dalam menjaga kesihatan tubuh iaitu berfungsi untuk menjaga tahap glukosa darah.



Sebagai sumber tenaga simpanan glikogen yang terdapat di dalam tubuh secara langsung akan mempengaruhi kapasiti seorang atlet semasa menjalani program latihan ataupun juga semasa pertandingan. Secara keseluruhannya hubungan antara pengambilan karbohidrat, simpanan glikogen dan keupayaan olahraga dapat di simpulkan sebagai berikut:

• Pengambilan karbohidrat yang tinggi akan meningkatkan simpanan glikogen tubuh.

• Semakin tinggi simpanan glikogen maka kemampuan tubuh untuk melakukan aktiviti fisik juga akan semakin meningkat.

• Tahap simpanan glikogen tubuh yang rendah menurunkan atau membatasi kemampuan atlet untuk mempertahankan intensiti dan waktu latihannya.

• Tahap simpanan glikogen tubuh yang rendah menyebabkan atlet menjadi cepat lelah jika dibandingkan dengan seorang atlet dengan simpanan glikogen yang tinggi.

• Pengambilan karbohidrat setelah latihan atau pertandingan akan mempercepat penyimpanan glikogen yang kemudian juga akan mempercepat proses pemulihan.




Peranan Glikogen

* menyediakan tenaga untuk kerja otot
* menyediakan bahan bakar untuk sistem saraf pusat
* membolahkan berlakunya metabolisme lemak
* mencegah protein daripada digunakan sebagai tenaga


Karbohidrat adalah sumber tenaga atau bahan bakar untuk tindakan otot dan biologi bekerja. Makanan yang mengandungi karbohidrat adalah dalam biji-bijian, buah, dan kumpulan-kumpulan susu.Sayuran memiliki sejumlah kecil kardohidrat. Setelah karbohidrat dimakan, ia dipecah menjadi gula kepada unit yang lebih kecil (termasuk glukosa, fruktosa dan galaktosa) di dalam perut dan usus kecil. Unit kecil gula ini diserap di usus kecil dan kemudian memasuki aliran darah di mana mereka melakukan perjalanan ke hati.

Fruktosa dan galaktosa yang diubah akan menjadi glukosa oleh hati. Glukosa merupakan karbohidrat yang diangkut oleh aliran darah ke pelbagai rangkaian dan organ, termasuklah otot dan otak, di mana ia akan digunakan sebagai tenaga. Jika tubuh tidak memerlukan glukosa untuk tenaga, glukosa akan di simpan dalam hati dan otot rangka (skeletel muscle) dalam bentuk yang disebut glikogen. Jika glikogen berlebihan daripada keperluan, glukosa akan disimpan sebagai lemak. Glikogen yang disimpan adalah sumber tenaga yang akan digunakan ketika tubuh memerlukan lebih banyak glukosa daripada yang sedia di aliran darah (misalnya, ketika melakukan latihan sukan).Tubuh mempunyai kapasiti simpanan yang terhad untuk glikogen (sekitar 2000 kalori), itulah sebabnya karbohidrat sering disebut sebagai bahan bakar mengehadkan prestasi fizikal.

Gentian karbohidrat adalah protein sebagai sumber tenaga. Ketika keperluan karbohidrat tidak mencukupi, protein dipecah untuk membuat glukosa untuk mengekalkan tahap glukosa darah. Namun, ketika protein dipecah, ini menyebabkan protein kehilangan peranan utama sebagai pembinaan otot. Selain itu, pemecahan protein boleh mengakibatkan peningkatan tekanan pada ginjal, di mana produk sampingan protein disalurkan ke dalam urin.

Glukosa juga sangat penting bagi sistem saraf pusat, terutamanya otak yang menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Kurangnya glukosa boleh menyebabkan kelemahan, pening dan glukosa darah rendah (hipoglikemia). Pengurangan glukosa darah menyebabkan penurunan ketika latihan menyebabkan penurunan prestasi latihan, mental serta keletihan fizikal.


Sumber : Diperoleh daripada kerja kursus pelajar UPSI, kursus Pendidikan Kemahiran Hidup

No comments:

Post a Comment

 
 

Blogger

Nurhidayah Binti Borhanudin