Tuesday, August 10, 2010

Faktor Yang Menyebabkan Kolesterol Tinggi

• Pemakanan - Memakan terlalu banyak makanan yang mengandungi lemak tepu, lemak trans dan kolesterol boleh meningkatkan kolesterol. Contohnya, makanan yang berasaskan haiwan (daging, susu penuh, kuning telur, mentega dan keju), makanan bungkus dan snek seperti biskut dan keropok.

• Berat - Berat badan berlebihan boleh meningkatkan triglycerides dan merendahkan HDL

• Senaman - Tidak bersenam boleh meningkatkan LDL dan merendahkan HDL

• Kesihatan menyeluruh - Penyakit seperti hypothyroidism boleh meningkatkan kolesterol. Merokok juga boleh merendahkan HDL

• Umur - Kolesterol mula meningkat selepas usia 20 tahun. Buat lelaki, ia biasanya berhenti selepas mencapai usia 50 tahun. Bagi wanita, ia kekal meningkat sehingga menopause tetapi pada kadar yang rendah. Selepas itu, barulah tahap kolesterol sama seperti lelaki.

• Keluarga - Sesetengah orang mewarisi sejenis penyakit yang jarang didapati iaitu lipid disorder (kekacauan lipid). Ia boleh menyebabkan jumlah kolesterol dan triglycerides berada pada tahap yang tinggi. Manakala, HDL amat rendah. Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda perlu menerima rawatan sejak dari usia muda.



Bagaimana kolesterol tinggi dikenalpasti ?

Doktor menggunakan ujian darah untuk memeriksa kolesterol dalam badan.

• Ujian berpuasa kolesterol (dikenali juga sebagai analisis lipoprotein) adalah ujian yang hampir lengkap. Ia mengukur jumlah kolesterol,HDL,LDL dan tryglicerides. Anda tidak dibenarkan makan untuk 9-12 jam sebelum mengambil ujian ini.

• Ujian LDL secara terus pula mengukur tahap LDL sahaja. Anda boleh mengambil ujian ini pada bila-bila masa walaupun anda baru sahaja makan.

• Ujian kolesterol yang mudah.Ujian ini membolehkan anda mengetahui jumlah kolesterol dan HDL sahaja.Anda boleh makan sebelum ujian ini.


Bagamana ia dirawat ?


Dua rawatan utama yang boleh dilakukan ialah mengubah cara hidup dan mengambil ubat-ubatan. Matlamat rawatan ini ialah untuk merendahkan kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko serangan jantung. Anda juga perlu meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL). HDL yang tinggi membantu mengurangkan risiko serangan penyakit pada jantung.

Perubahan cara hidup amat penting kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kolesterol yang tinggi. Doktor akan menyarankan anda untuk :

• Mengikuti Therapeutic Lifestyle Changes (TLC) diet. Matlamatnya ialah mengurangkan jumlah lemak tepu yang anda makan. Memakan makanan yang mengandungi lemak tepu boleh meningkatkan kolesterol. TLC membantu anda untuk membuat pilihan makanan yang bijak dengan memilih daging kurang lemak, produk yang rendah lemak atau tiada dan lemak yang baik seperti minyak zaitun dan minyak canola.

• Kurangkan berat badan sekiranya perlu. Kurangkan 5 lb-10 lb (2.3kg-4.5kg). ini boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol dan triglycerides. Mengurangkan berat badan juga boleh mengurangkan tekanan darah.

• Banyakkan senaman. Senaman boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan membantu anda untuk mengawal berat badan.

• Berhenti merokok. Dengan berhenti merokok, HDL dapat ditingkatkan dan ia membantu untuk membaiki kadar kesihatan jantung anda.

Namun begitu, perubahan cara hidup mungkin tidak memberikan kesan. Sekiranya ia tidak dapat mengurangkan kolesterol selepas anda mengamalkannya selama beberapa bulan, doktor akan membekalkan sejenis ubat yang dipanggil statin. Anda juga mungkin memerlukan ubat yang dapat mengurangkan triglycerides atau menaikkan HDL. Jadi, sentiasa mengikuti jadual yang telah ditetapkan oleh doktor. Jangan sekali-kali tidak memakan ubat-ubatan seperti yang disarankan. Dan buatlah pemeriksaan kesihatan dengan kerap bagi mengetahui jumlah kolesterol dalam badan anda.


Sumber : http://www.gizi.net/cgi-bin/berita/fullnews.cgi?newsid997059568,35248,

No comments:

Post a Comment

 
 

Blogger

Nurhidayah Binti Borhanudin