Wednesday, August 11, 2010

Vitamin Larut Air

Apa itu vitamin ?

Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C (asid askorbik).

Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Antara vitamin yang larut dalam termasuklah vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), asam nikotinat (Niacin), piridoksin (Vitamin B6), Folasin (Folat), kobalamin (Vitamin B12), vitamin B5 ( asam pantotenat), dan vitamin B8( biotin). Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. Kumpulan yang kedua adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius.


Sumber : http://www.food-info.net/id/vita/water.htm

No comments:

Post a Comment

 
 

Blogger

Nurhidayah Binti Borhanudin