Tuesday, August 10, 2010

Kolesterol


Apa itu kolesterol ?

Kolesterol ialah metabolite steroid berlilin yang dijumpai pada sel membran dan diangkut dalam plasma darah setiah haiwan. Ia merupakan komponen keperluan bagi sel membran mamalia. Ia diperlukan bagi memastikan keterlelapan dan kebendaliran membran pada tahap yang baik. Kolesterol juga merupakan komponen penting untuk menghasilkan asid hempedu, hormon steroid dan beberapa vitamin larut lemak. Perkataan kolesterol berasal daripada Greek iaitu chole (hempedu) dan stereos (pepejal) serta suffix kimia -ol (alkohol).

Apa itu kolesterol tinggi ?

Kolesterol ialah sejenis lemak yang dipanggil lipid. Badan kita menggunakan ia untuk pelbagai perkara. Contohnya, untuk membuat sel baru. Hati membuat kolesterol yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kolesterol juga boleh didapati daripada makanan yang kita makan.

Badan kita memerlukan sejumlah kolesterol. Namun begitu, sekiranya terlalu banyak, ia mula terbina di dalm arteri (salur darah yang mengangkut darah keluar daripada jantung). Ia dipanggil sebagai pengerasan arteri ataupun atheroclerosis. Proses ini merupakan proses yang lambat dan ia menjadi semakin teruk apabila usia kita meningkat.

Untuk memahami apa yang berlaku, cuba anda bayangkan, bagaimana paip sinki anda tersumbat. Keadaan paip tadi adalah sama dengan keadaan arteri anda. Keadaan ini akan mengakibatkan pengaliran darah tidak berjalan dengan lancar. Jadi, kuantiti darah yang mengalir ke tisu-tisu badan termasuk jantung adalah kurang. Perkara ini boleh menyumbang kepada masalah yang amat serius iaitu serangan jantung dan strok.

Ujian darah yang ringkas dapat membantu dalam mengenalpasti jumlah kolesterol yang terdapat dalam badan kita. Keputusan ujian ini didapati dalam unit mg/dL. Jumlah kolesterol yang kita miliki dapat membantu doktor mengenalpasti sama ada kita berisiko menghadapi serangan jantung ataupun tidak. Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira seperti umur, tekanan darah dan sejarah keluarga.

* Sila bandingkan jumlah kolesterol anda :
  • Paling baik adalah kurang daripada 200
  • Agak tinggi ialah 200-239
  • Tinggi ialah 240 dan ke atas


Simpton-simpton

Kolesterol yang tinggi tidak akan menyebabkan anda berasa sakit. Tetapi, jika ia terbina pada arteri, ia boleh menyekat pengaliran darah kepada jantung atau otak yang mana, ia boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Jenis-jenis kolesterol

Kolesterol bergerak melalui darah yang mengalir pada protein. Gabungan kolesterol (lipid) dan protein ini dipanggil lipoprotein. Terdapat dua jenis lipoprotein iaitu lipoprotein berdensiti tinggi dan lipoprotein berdensiti rendah. Ini bergantung kepada jumlah protein dan lemak yang terdapat padanya.

a) Lipoprotein berdensiti rendah {Low-density lipoprotein (LDL) }


LDL ialah kolesterol jahat. LDL mengandungi lemak yang banyak dan hanya sedikit protein. Ia boleh menyumbatkan arteri. Sekiranya kita mempunyai kolesterol yang tinggi, doktor akan menasihati kita supaya merendahkan jumlah LDL yang terdapat dalam badan kita.

b) Lipoprotein berdensiti tinggi {High-density lipoprotein (HDL) }

HDL ialah kolesterol baik. HDL mengandungi lebih protein daripada lemak. Ia membantu dalam membersihkan kolesterol jahat yang terdapat dalam darah. Tahap HDL yang tinggi dapat membantu melindungi diri anda daripada serangan jantung.

c) Triglycerides

Merupakan satu lagi lemak yang terdapat dalam darah. Ia boleh menjejaskan kesihatan. Sekiranya anda mempunyai triglycerides dan LDL yang tinggi, peluang untuk anda mendapat serangan jantung adalah tinggi.

Ia amat membantu sekiranya anda menganggap HDL sebagai “Healthy” kolesterol dan LDL sebagai “Lousy” kolesterol.

Untuk mengetahui risiko anda untuk mendapat serangan jantung, alat yang menarik telah digunakan. Adakah anda berisiko untuk mendapat serangan jantung?


* LDL sepatutnya dalam keadaan yang rendah. Sekiranya risiko anda tinggi, matlamat LDL anda sepatutnya kurang daripada 70. Sekiranya pada tahap pertengahan, LDL anda sepatutnya kurang daripada 130. Sekiranya kurang, LDL anda sepatutnya kurang daripada 160


* HDL sepatutnya tinggi. Nilai HDL yang baik ialah 40 atau lebih tinggi. HDL lebih daripada 60 menghalang jantung anda daripada serangan jantung. HDL di bawah 40 meningkatkan risiko serangan jantung. Jumlah HDL yang tinggi dapat mengurangkan jumlah LDL.

* Triglycerides sepatutnya kurang daripada 150. Sekiranya melebihi 150, risiko untuk mendapat masalah jantung adalah meningkat.


Sumber : http://www.majalah-farmacia.com/rubrik/one_news.asp?IDNews=1030

No comments:

Post a Comment

 
 

Blogger

Nurhidayah Binti Borhanudin